Bismillah

Iman adalah kehidupan?

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Iman memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Justeru itu, keimanan seseorang memberi kesan terhadap kehidupannya. Tetapi, apakah jenis Iman tersebut?

Inilah persoalan yang penting yang perlu dipersoalkan!

Kenapa?

Jika kamu perhatikan bagaimana tingkah laku anak-anak muda pada masa kini, kamu pasti akan mendapati bahawasanya “kecuaian”, (the suitable word is not “kecuaian” but “kealpaan” -I think-) kealpaan terhadap Allah berlaku di mana-mana sahaja. Dan taraf keimanan yang rendah inilah, secara terus akan memberi kesan terhadap kehidupan seharian seorang melayu muslim.

 

Bilakah akan timbulnya masalah terhadap kita?

Tetapi, jika kita mempunyai sikap yang demikian dengan berkata “ Jika tiada siapa yang dapat melihat aku, Allah tetap dapat melihatku”,..  jika syaitan mengajak kita melakukan perkara yang haram, maka Alhamdulillah (Allah) akan menjauhkan kita darinya!

Tetapi, bagaimana jika dia (laki-laki atau perempuan) tidak dapat menyebut atau tidak pernah terfikir tentang perkara tersebut?

Jika perkara itu berlaku, maka kita bakal menghadapi masalah yang besar.

Ini bermakna, kehidupan yang kita lalui adalah megikut acuan dan kehendak syaitan bukan kehendak Allah SWT.

Tetapi adakah kita mengetahui bahawasanya Allah SWT mengkehendaki hanya yang terbaik buat kita?

Saya akan cuba menjelaskan bagaimana kehidupan boleh memberi kesan buruk kepada Iman seseorang.

Tetapi, bagaimana pula jika Iman kita yang memberi kesan kepada kehidupan kita?

Maka, untuk menjawab persoalan ini saya telah menyediakan – dengan bantuan Allah SWT-  blog ini.

-

Matlamat saya

Justeru, matlamat saya sebagai seorang Muslim adalah untuk membantu saya dalam menghadapi hari yang mendatang. Saya sedia maklum, tidak semua orang melayu hidup dalam kecuaian.

Terdapat juga sekumpulan manusia yang telah saya saksikan bahawa Iman mereka telah memberi kesan kepada kehidupan mereka.

Tetapi, saya juga sedia maklum, jika hanya 1% iaitu 1 daripada 100 berada dalam kecuaian, maka ini bermakna jika 1000 kali ganda daripada seratus orang bersamaan dengan 1000 pemuda melayu yang berada dalam kecuaian terhadap “Iman adalah Kehidupan”

-

Apa yang perlu kita lakukan?

Untuk  menghadapi perkara ini, saya mendapati bahawa seseorang Muslim itu tidak boleh tidak mesti dengan ilmu pengetahuan yang mana dipanggil “Ilm”, tetapi apakah jenis ilmu pengetahuan tersebut?

Biologi, fizik atau matematik?

Kita perlukan “Ilmu” untuk mengenal Allah SWT, yang mana dipanggil “Ma’rifatullah”

-

Bagaimana untuk kita belajar mengenal Allah SWT (Ma’rifatullah)

Kita boleh belajar mengenai imu ini dalam buku-buku Islam seperti “Risale-I Nur”

Sebahagian petikan dalam buku “Risale-I Nur”

“Bolehkah sebuah buku itu tertulis tanpa ada penulisnya?Membina rumah tanpa ada pembinanya?Sudah pasti, tidak sama sekali! Justeru itu, perhatikanlah segala keindahan yang ada dalam dunia ini, seperti buah-buahan yang kamu makan saban hari, alam semula jadi yang kamu lihat, udara yang kamu bernafas dengannya, dan air segar yang kamu minum, yang dikurniakan oleh seseorang yang menyayangi kamu. Tetapi, siapakah yang telah mengurniakannya? Tidak syak lagi dia adalah Allah SWT.


-

Antara kepentingan Kebenaran-Kebenaran

Tambahan lagi, video “HAKIKAT KEHIDUPAN DUNIA” menceritakan kepada kita makna sebenar pengertian dunia ini, yang mana mungkin kadang-kadang kita terlupa tentangnya.

Mukjizat yang terdapat dalam “Al-Quran Al-Karim” ada ditayangkan dalam video “keajaiban al quran”

Dan juga “KEAJAIBAN BENIH” yang pasti menarik!

-

Sokongan anda diperlukan!

Saya berasa sangat sukacita terhadap apa saja cadangan, pandangan dan sokongan yang diutarakan, kerana perkara ini melibatkan kehidupan kita dan yang terutamanya kepada saudara-saudari kita (laki-laki mahupun perempuan) yang perlu dikejutkan dan yang perlu bantuan.


Top Blog

iLuvislam.com Top Blog
AL-AZHAR`s TOPSITES
Carta Website Malaysian Medical Students in Egypt
Azharian's Topsite

4 Comments

  1. siti khadijah mohd rais said,

    February 1, 2008 at 3:16 am

    Assalamualaikum…alhamdulillah,at last,i found a website that gave a lot of benefit to myself n of coz for youth muslims…i try to search something in this internet that can tell me more about islam…nowadays the world are full of lies and wihtout a deeper knowledge on islam we will ‘cuai’ like what u had said before…and it’s a good effort to help the youth muslim….teruskan perjuangan..may Allah bless all of us..amin…

  2. zc said,

    February 16, 2008 at 7:59 am

    well done for this blog!. very nice and very informatic. i hope our youths (muslim) will not be influenced by budaya barat. it is nothing!!!
    nowadays, many muslim here and there but we should show our iman from inside to outside so that non-muslims know what is ISLAM itself!

  3. muhamad iffwat zainudin said,

    June 15, 2008 at 7:53 am

    congrats for the beneficial blog! its so great…may it help muslim, mostly the muslim youth and teenager to come back to their root, to bring back islam and perform all the islamic rules and teaching throughtout their live… insyALLAH i’ll spread this marvellous blog to others!….

    15june, damascus, Syria…

  4. muhamad iffwat zainudin said,

    June 15, 2008 at 7:54 am

    Tahniah Harun!


Post a Comment